Bila jiwa jadi kacau

jiwa
- Advertisement -

KERJA-kerja adu-domba dan pecah perintah nampaknya terus agresif dilancarkan DAP. Bahana hilang kuasa, pangkat dan kedudukan rupanya masih mengganggu jiwa mereka. Malangnya dalam ghairah menyerang orang tak disedari semasa berkuasa dulu mereka juga begitu.

- Advertisement -

Terbaru Ketua Pemuda DAP Johor Sheikh Umar mempertikaikan pelantikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Pengerusi Boustead Holdings Bhd.

Kononnya ia sebagai laba politik, kononnya ia memberi isyarat agar Khaled tutup mulut dan jangan kritik Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Kononnya lagi ada konflik kerana Boustead dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang di bawah Dato’ Seri Ismail Sabri iaitu rakan sejawatan Naib Presiden dalam Umno.

Benarkah timbul persepsi dan konflik atau Sheikh Umar dan DAP memang tak ada kerja lain setelah hilang kuasa? Langsung tiada rasional dan justifikasi langsung anggapan dangkal Sheikh Umar itu.

Semasa Anthony Loke DAP Menteri Pengangkutan dahulu dilantiknya:

(1) Ahli Parlimen DAP K.Kinabalu Chan Foong Hin sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan.
(2) ADUN DAP Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang.
(3) AJK DAP Pusat Dr John Anthony sebagai Pengerusi Pelabuhan Bintulu.
(4) Penolong Bendahari DAP P.Pinang Jeffrey Chew sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan P.Pinang.

Semua rakan-rakan DAP-nya belaka yang entah punya apa kelayakan dan pengalaman, tak ada pula isu konflik dan pelbagai persepsi? Kenapa DAP dan PH boleh tetapi PN tidak boleh?

Sedang Khaled adalah bekas Menteri, bekas MB Johor, bekas Pengerusi J Corp, pernah berkhidmat di Petronas dan berkelulusan Undang-undang dari Universiti Malaya.

Sheikh Umar sebagai pemimpin Melayu DAP sebaiknya tumpulah tugas sebagai ADUN Paloh di Johor, bela dan beri khidmat pada rakyat. Kalau ada hati nak tegur sekali pun terbitlah dengan teguran yang bernas, waras dan masuk akal. Jangan buat malu orang Melayu.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 1/5/2020

- Advertisement -