Tindakan tegas cemar sungai ketika PKP

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyerah 'Gerobok Covid-19 yang dihasilkan Papisma kepada Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin mewakili Jabatan Kesihatan Kelantan di Wisma Persekutuan di sini hari ini. Foto- RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan diminta membuat pemantauan terhadap pencemaran sungai akibat aktiviti perlombongan haram di Hutan Simpan Jedok, Tanah Merah.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya akan mengenakan tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat, lebih-lebih lagi berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita akan meneliti kes yang berlaku itu yang mengakibatkan pencemaran sungai. Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan pencemaran sungai.

- Advertisement -

“Agensi kerajaan melakukan pemantauan dalam tempoh PKP ini supaya tidak berlaku pencemaran dan JAS Kelantan diarahkan membuat laporan diberikan terus kepada kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerah ‘Gerobak Covid-19’ yang dihasilkan Papisma kepada Jabatan Kesihatan Kelantan di sini hari ini.

Isnin lalu, terdapat dua individu yang dipercayai terlibat dengan aktiviti perlombongan haram di Hutan Simpan Jedok Tanah Merah ditahan polis.

Keduanya kini dalam siasatan lanjut kerana melakukan aktiviti tanpa lesen dan dokumen sah daripada kerajaan negeri ketika PKP fasa keempat dilaksanakan.- HARAKAHDAILY 1/5/2020

- Advertisement -