Kelantan bantu armalah terjejas PKP

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan turut memberi tumpuan terhadap golongan ibu tunggal atau armalah yang turut terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, sebanyak tiga fasa bantuan diberikan kepada golongan terbabit sejak 18 Mac lalu.

Katanya, Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita menyelaras maklumat yang armalah terjejas akibat PKP serta menguruskan bantuan kepada mereka.

“Kita mempunyai hampir 1,000 armalah di setiap Dun sama ada yang sudah berumur atau mempunyai anak kecil. Sebanyak RM100,000 disalurkan kepada setiap Dun sebagai bantuan ‘one-off’.

“Fasa pertama kita telah agihkan kepada semua DUN, semalam atau hari
ini akan diberikan lagi bantuan kedua dan sebelum berakhir Ramadan
akan selesai fasa tiga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu rancangan Galeri Ramadhan yang disiarkan di Facebook Kelantan TV hari ini.- HARAKAHDAILY 27/4/2020

- Advertisement -