Ingkar PKP: Tiada campur tangan keputusan mahkamah

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto- Facebook Jabatan Perdana Menteri.
- Advertisement -

PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan atau hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah terhadap mana-mana individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kata beliau, ini selaras dengan konsep demokrasi negara yang memberikan kebebasan terhadap sistem kehakiman negara.

- Advertisement -

Kata beliau lagi, mengenai hukuman berbeza di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) di mana hukumannya maksimum ialah RM1,000 atau penjara selama enam bulan.

Ismail Sabri berkata demikian semasa menjawab soalan berhubung persoalan orang ramai mengenai jumlah denda berbeza yang dijatuhkan terhadap individu yang melanggar Akta 342.

“Saya ingin maklumkan bahawa kuasa menjatuhkan hukuman atau denda terletak kepada majistret.

“Kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan terhadap mana-mana individu yang dituduh kerana melanggar akta tersebut.

“Ia terserah kepada budi bicara mahkamah yang menjatuhkan hukuman,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.- HARAKAHDAILY 6/5/2020

- Advertisement -