Kadar potongan hutang Terengganu dikurangkan

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MoF) bersetuju untuk mengurangkan kadar pemotongan bayaran hutang bagi negeri Terengganu berhubung bayaran Wang Tunai Petroleum (WTP) atau wang royalti.

- Advertisement -

Pengurangan kadar tersebut adalah daripada 25 peratus kepada 5 peratus, iaitu 20 peratus kadar pengurangan.

Berita gembira tersebut diputuskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kanannya (Kluster Ekonomi), Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini dan dimaklumkan oleh Menteri Besar Terengganu sendiri, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sebelum ini, Kerajaan Terengganu telah menjangkakan penerimaan bayaran wang royalti itu sebanyak RM700 juta pada Mac. – HARAKAHDAILY 27/4/2020

- Advertisement -