PKPB: Pergerakan lebih 10km dibenarkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Orang ramai dibenarkan bergerak melebihi 10 kilometer di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

- Advertisement -

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pergerakan merentas negeri masih lagi tidak dibenarkan.

“Tiada lagi syarat pergerakan hanya radius 10km di dalam peraturan PKPB ini. Walau bagaimanapun, rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerkan (PKP) hari ini.

Sementara itu, katanya pengecualian pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan berdasarkan jadual yang telah dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 4 hari iaitu bermula Khamis hingga Ahad (7- 10 Mei) ini.

“Dari segi peraturan rentas negeri masih tidak dibenarkan, namun pengecualian pergerakan dibenarkan hanyalah empat hari sahaja

“Selepas daripada (tarikh) itu, peraturan akan kembali kepada asal iaitu rentas negeri tidak dibenarkan,” katanya.

Meskipun begitu, bagi pergerakan selepas daripada tarikh tersebut mestilah mendapat kebenaran daripada pihak polis.

Katanya yang menasihatkan supaya orang ramai menggunakan empat hari pengecualian tersebut untuk memulakan perjalanan masing-masing.- HARAKAHDAILY 4/5/2020

- Advertisement -