PKP: Permohonan pergerakan rentas negeri mulai esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang terkandas di kampung halaman berikutan penguatkuasaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh membuat permohonan pergerakan rentas negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia bermula esok (26 April).

- Advertisement -

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dato’ Huzir Mohamed berkata bagi yang tidak mempunyai kemudahan aplikasi Gerak Malaysia, permohonan bertulis boleh dibuat di balai polis yang berdekatan.

Namun kataya, keutamaan perjalanan akan diberikan kepada pengguna aplikasi Gerak Malaysia.

“Bagi yang membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia pada 26 April (esok) mereka hendaklah mengemas kini permohonan pada 29 April untuk mengesahkan destinasi perjalanan dan pada 1 Mei, mereka bolehlah menyemak status permohonan melalui aplikasi tersebut.

“Mereka yang membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia pada 26 April (esok), perlu mengemas kini permohonan pada 29 April untuk mengesahkan destinasi perjalanan dan pada 1 Mei, mereka boleh membuat semakan status permohonan di aplikasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tempoh pergerakan antara negeri dibenarkan antara 1 hingga 3 Mei dan pengguna jalan raya dikehendaki merancang perjalanan mereka mengikut syarat yang ditetapkan.

Jelasnya, bagi mereka yang akan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) adalah diingatkan bahawa tiada sebarang kemudahan makan disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Surau-surau akan ditutup dan tidak dibenarkan sebarang aktiviti solat secara berjemaah di kawasan R&R termasuk dalam mana-mana bangunan, kawasan lapang. tempat letak kenderaan atau lain-lain.

“Hanya fasiliti tandas awam sahaja yang dibenarkan beroperasi. Kawasan tempat meletak kenderaan hanya digunakan untuk tujuan rehat, tidak dibenarkan keluar daripada kenderaan semasa dalam tempoh rehat tersebut kecuali untuk pergi tandas,” ujarnya.

Huzir berkata, stesen minyak di sepanjang lebuh raya hanya beroperasi antara jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam dan dilarang melakukan sebarang aktiviti secara berkumpulan di dalam tempoh kebenaran perjalanan tersebut.- HARAKAHDAILY 25/4/2020

- Advertisement -