Pemimpin DAP iktiraf Menteri PAS

- Advertisement -

BOLEH dikatakan hampir mustahil untuk seorang pemimpin DAP mengiktiraf seorang pemimpin PAS.

- Advertisement -

Tetapi inilah yang berlaku hari ini bila Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat, Ronnie Liu Tian Khiew, bergembira dengan tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dari PAS, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Awal pagi tadi Ronnie Liu mengingatkan Perdana Menteri bahawa, walaupun ada sekatan bergerak sekarang, buah-buah kelapa sawit mesti dipetik dan kilang-kilang penapisan minyak sawit mesti dibuka.

Adalah difahamkan bahawa perkara ini ditimbulkan oleh Dato’ Dr Mohd Khairuddin dalam mesyuarat Kabinet hari ini yang bersetuju industri sawit beroperasi dengan disertakan langkah keselamatan.

Langkah ini diambil kerana minyak sawit adalah antara komoditi penting negara sekali gus bagi mengelakkan pengeluaran barang-barang berasaskan makanan tidak terjejas.

Selain Persatuan Minyak Sawit Malaysia, keputusan Kabinet ini nyata menggembirakan Ronnie Liu yang menulis “berita gembira untuk industri minyak sawit, kilang-kilang kini dibenar beroperasi”.

Satu permulaan yang agak baik untuk Dato’ Dr Mohd Khairuddin selaku seorang Menteri baru.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 18/3/2020

- Advertisement -