COVID-19: Rakyat mesti bergerak seiring entiti negara

- Advertisement -

MALAYSIA ada mekanisma dan kepakaran menghadapi apa saja situasi. Ada Kerajaan yang sedang berkuasa, ada sempadan wilayah yang berdaulat, ada undang-undang yang sah dan dipatuhi, dan ada rakyat yang dilindungi.

Negara kita ada Akta-akta yang mengikat, ada pelbagai agensi yang beroperasi dengan pegawai-pegawai yang terlatih, ada Standard Operating Procedure (SOP) dan piagam yang memandu tindakan, ada penguatkuasa yang menjaga ketenteraman, ada media untuk sebaran dan mencerap maklumat… InsyaAllah pandemik COVID-19 akan dapat dihadapi. Seluruh anggota masyarakat dan entiti negara harus bergerak seiring menghadapi cabaran ini.

Adapun yang kita tidak perlukan ialah suara-suara gangguan kepada agensi, cuba memesong fokus petugas, kecaman tak berasas kepada pelaksana dasar, menimbulkan keraguan dan panik, meraih kepentingan sendiri, cari nama, raih populariti dan seumpamanya.

- Advertisement -

Kebanyakan ahli masyarakat yang berada dalam kumpulan yang tidak diperlukan ini adalah pemakan upah menyebar propaganda politik, walaupun bahasa mereka seperti manusia paling prihatin di planet ini.

Orang sibuk bersiap menghadapi COVID-19, mereka sibuk mencari salah orang itu orang ini untuk kepentingan diri dan parti mereka. Nampaknya mereka telah dimamah COVIDPH-19…

MUHAMMAD SANUSI MD NOR – HARAKAHDAILY 18/3/2020

- Advertisement -