Anak muda PAS bangkit jika maruah Islam diusik

Pemuda PAS lontar amaran buat DAP

- Advertisement -

KUALA KEDAH: Para Pemuda PAS adalah sandaran untuk menjadi tenaga terpenting dalam mengisi kemenangan setelah berlakunya perubahan kepada kepimpinan negara yang juga berlaku sempena Himpunan Anak Muda Istiqamah (HIMMAH).

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin bagaimanapun mengingatkan, para Pemuda mesti terus istiqamah menetapkan pengisian kemenangan itu dilakukan dengan gerak kerja dakwah, tarbiyah dan siyasah.

Jelasnya, iaitulah dengan sentiasa memperbetulkan niat, berada dalam saf jamaah, menyatukan roh-roh dengan doa hingga segala kerja dilakukan itu menjadi bekal semasa di Alam Barzakh kelak.

Penegasan itu diutarakannya dalam pidato sempena himpunan mega tersebut yang telah dilangsungkan di Kompleks PAS Kedah, di sini kelmarin.

Beliau juga menyeru para Pemuda supaya menjadi wartawan-wartawan PAS yang memperkenalkan kebaikan jemaah kepada masyarakat, selain sebagai agen perpaduan ummah, serta mempersiapkan diri menghadapi PRU15.

Panas terik yang membahang para peserta HIMMAH turut diteguhkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dengan peristiwa Perang Tabuk di mana juga berlangsung dalam bulan Rejab.

Katanya, tentera Islam diuji bertolak ke medan dalam panas sangat terik dan tatkala kebunan mereka meranum dengan buah-buahan, namun majoritinya anak muda siap sedia memenangkan perjuangan Islam.

Beliau juga berpesan agar kemenangan yang bakal Allah kurniakan diterima dengan memperbanyakkan tasbih dan memohon pertolongan Allah, serta menjauhi perbuatan menyindir atau meninggi diri terhadap lawan politik.

Insya-Allah, hari ini orang tak nak dah pada DAP dan puak PH yang telah memperkosa maruah Melayu dan Islam di bumi ini. Saya nak ajak kita ingatkan pada PH terutama DAP, jika usik lagi maruah umat Islam, kita janjikan kebangkitan anak muda. Ini janji kita!” tegasnya.

Manakala Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden pula mengingatkan bahawa jumlah angka dimiliki PAS mungkin kecil dari musuh, tetapi Allah telah tunjukkan golongan Islam yang sedikit sering dimenangkan atas ramainya musuh.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa himpunan itu adalah simbolik kekuatan anak muda yang menzahirkan diri sebagai benteng PAS, selain memberi mesej kepada politikus rakus dan tamakkan jawatan kerana mementingkan diri. – HARAKAHDAILY 2/3/2020

- Advertisement -