PAS ucap tahniah kepada PM ke-8

PAS ingin merafakkan setinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah yang telah memperkenankan pelantikan YB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Advertisement

PAS juga mengucapkan setinggi tahniah kepada YB Tan Sri Haji Muhyidin Yassin di atas pelantikan ini dan mendoakan agar sentiasa dikurniakan taufiq dan hidayah-Nya bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat berat ini.

PAS menyeru semua rakyat Malaysia untuk menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong ini, seterusnya memperkukuhkan muafakat dan perpaduan kaum yang menjadi tonggak kepada kemakmuran negara.

Menjunjung kasih Tuanku.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

HARAKAHDAILY 29/2/2020