PAS konsisten tolak DAP dalam pembentukan k’jaan

- Advertisement -

EPISOD drama swasta genre politik Malaysia masih bersambung. Meskipun sudah nampak beberapa scene yang menunjukkan jalan ceritanya hampir kepenghujung, namun endingnya masih menjadi detik suspen yang dinanti dengan penuh cermat oleh peminat drama genre politik ini.

- Advertisement -

Tidak ketinggalan PAS turut mengekori rapat perkembangan politik semasa yang gempar ekoran krisis dalaman PH yang begitu parah sehingga berakhirnya pemerintahan mereka menjelang separuh penggal.

Bermula dengan sikap yang konsisten PAS dengan menyokong kepimpinan Tun M sehingga tamat penggal, adalah bertujuan untuk memastikan negara ini tidak dijarah dan diratah semahunya oleh DAP yang mendominasi PH selama ini.

Demikian halnya apabila menyaksikan keruntuhan pemerintahan PH setelah melalui krisis dalaman yang tidak mampu dibendung, PAS terus konsisten memberi sokongan kepada Tun M untuk mengepalai kerajaan baharu yang akan dibentuk.

Namun persoalan apakah PAS akan menyertai kerajaan baharu tersebut ?

Maka ia tertakluk kepada prinsip perjuangan PAS dan juga konsistensi sikap yang diambil oleh PAS, iaitu menyelamatkan negara dari pengaruh dan penguasaan DAP yang selama ini menjadi punca kepada kacau bilau keharmonian antara kaum dan kestabilan politik negara.

PAS tidak kemaruk kuasa. Apatah lagi untuk menjadi gila kuasa. Apa yang dilakukan oleh PAS ialah berusaha  menyelamatkan negara dan membebaskan kuasa pemerintahan dari penguasaan orang yang gila jawatan dan tamakkan kuasa.

PAS bersikap terbuka untuk menyertai pembentukan kerajaan baharu demi agama, negara dan rakyatnya namun ia pasti sahaja tertakluk dengan syarat yang jelas iaitu kerajaan tanpa DAP.

Kiranya pembentukan kerajaan baharu ini masih melibatkan DAP, maka PAS selayaknya memilih untuk tidak menyertai kerajaan namun boleh mengekalkan sokongan terhadap kepimpinan Tun M dari luar kerajaan.

Sikap ini diambil dengan cermat dan teliti. Ia turut berpaksi pada prinsip yang didukung dan diwarnai oleh pengalaman di masa lalu.

Pembentukan kerajaan baharu yang melibatkan DAP bermakna tidak membawa apa – apa nilai dan erti pada perubahan. Ia hanya kembali kepada kedudukan asal dengan DAP tetap mempunyai pengaruh mereka dalam kerajaan.

NASRUDIN HASSAN  – HARAKAHDAILY 25/2/2020

- Advertisement -