Kenyataan Setiausaha Agung PKR ‘melucukan’

- Advertisement -

KENYATAAN Setiausaha Agung PKR, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail bertajuk “PAS sokong Dr. M selepas ‘kleptokrat kesayangan’ hilang kuasa” sekali lagi menggambarkan PKR di ambang kejatuhan.

- Advertisement -

Kenyataan sinis beliau yang juga seorang Menteri Kabinet terhadap Tun Dr Mahathir iaitu Perdana Menteri adalah gambaran suatu perbuatan ‘kurang ajar’ (insubordination) seorang yang dilantik terhadap orang yang melantiknya.

Mengikut amalan demokrasi yang biasa langkah yang paling wajar bagi seorang Menteri yang tidak sekata dengan Perdana Menteri adalah meletakkan jawatan dari Kabinet. Oleh itu beliau patut meletakkan jawatan dan menunggu sekiranya akan dilantik semula oleh Perdana Menteri yang ‘baru’.

Kenyataan Setiausaha Agung PKR bahawa “perpaduan dan persefahaman dalam PH begitu padu” pula amat melucukan tatkala seluruh rakyat dapat melihat betapa perbalahan dan perebutan kuasa dalam PKR yang semakin serius dan parah.

Oleh itu beliau sepatutnya menumpukan usaha menyelesaikan segala ribut dan taufan di dalam partinya daripada bertindak menyerang parti Pembangkang yang bukan menjadi urusannya.

PAS yang mempunyai 18 orang Ahli Parlimen berhak membuat pendirian menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal dan dalam masa yang sama menolak sebarang usaha dan cita-cita individu tertentu yang berhasrat menjadi Perdana Menteri Ke-8 dalam penggal ini.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Bertarikh: 02 Februari 2020 – HARAKAHDAILY 2/2/2020

- Advertisement -