Muslimat sedia gerakkan operasi PRN Sarawak

- Advertisement -

SIBU: Jabatan Pilihan Raya Muslimat PAS Negeri Sarawak telah mengadakan Himpunan Jentera HalWa Peringkat Negeri melibatkan penyertaan 50 Ketua-ketua Unit HalWa seluruh Sarawak, di sini semalam.

- Advertisement -

Program telah dirasmikan oleh Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Malaysia, Noraini Hussin dan para peserta juga menerima suntikan motivasi yang disampailkan oleh Ketua Muslimat PAS Sarawak, Ustazah Juliani Adin.

Noraini dalam ucapannya meneguhkan pesanan penting sebagaimana peringatan Khalifah Umar al-Khattab kepada Panglima Saad Abi Waqqas semasa peperangan menakluk Parsi.

“Jentera haruslah sentiasa bertakwa kepada Allah, menjauhi maksiat, menundukkan nafsu dan bertawakal kepada-Nya. Adapun pelan strategi yang dibina menjadi nilai tambah dalam meraih kemenangan daripada Allah,” serunya.

Himpunan selama dua hari ini juga melibatkan tiga bengkel berkaitan strategi, kebajikan dan persediaan menghadapi pilihan raya yang akan segera diterjemahkan jentera Muslimat selepas ini.

Pada sebelah malam, para peserta telah dilarutkan dalam penghayatan munajat Gelombang AKIFI yang telah menjadi projek tarbiyah khusus Muslimat PAS di seluruh negara.

Para peserta juga diperingatkan untuk segera mempraktikkan segala pelan telah didedahkan ke arah persediaan PAS menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 20/1/2020

- Advertisement -