Isu Ponggal: Serahkan kepada ahlinya

- Advertisement -

SAYA berpandangan menteri kabinet tidak sepatutnya membangkitkan isu pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mesyuarat kabinet. 

- Advertisement -

Hal ini kerana, pemaklumkan yang dibuat adalah berkaitan dengan syarat dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jakim bagi seseorang yang beragama Islam meraikan perayaan berlainan agama.

Isu tersebut tidak sewajarnya dipolemikkan sehingga perlu dibawa ke mesyuarat kabinet walhal banyak lagi isu pendidikan yang lain sewajarnya dibangkitkan seperti isu kemelut JAWI yang masih belum berjaya diselesaikan.

Tambahan pula, surat pekeliling tersebut jelas menyatakan syarat bagi membolehkan orang Islam yang terpaksa menghadiri upacara tersebut dengan tidak terlibat dengan sebarang upacara keagamaan seperti memakai pakaian dan peralatan yang melambangkan agama tersebut.

Walhal, isu sebegini tidak sewajarnya dipanjangkan sehingga mencetuskan kebencian antara kaum semata-mata walhal menteri sepatutnya menanam sikap saling menghormati dalam masyarakat berbilang agama dan kaum. 

Justeru, saya menyeru kepada semua masyarakat Islam agar lebih berhati-hati dalam menyambut perayaan agama lain. Islam mengajar umatnya untuk menghormati agama lain dan meletakkan tatacara yang sesuai dalam menyambut perayaan agama lain.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 17/1/2020

- Advertisement -