Menteri Agama mewakili Dong Jiao Zong?

- Advertisement -

TUN Mahathir sebagai Perdana Menteri yang kata Dong Zong rasis dan tak suka Melayu. Menteri Agama pula kata Dong Zong tak rasis. Senada dengan Lim Kit Siang.

Dong Zong sendiri keluarkan kenyataan mereka tolak tulisan Jawi kerana takutkan Islamisasi tetapi Menteri Agama kata mereka tak tolak Jawi. Andai kenyataan Menteri Agama itu memang pendirian Dong Zong bahawa mereka tak tolak Jawi, maka Dong Zong menipu dalam salah satu kenyataan mereka kerana kedua-duanya bercanggah.

Lebih memalukan dalam sidang media semalam, Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berucap dalam Bahasa Mandarin? Dia rakyat Malaysia atau rakyat China? Inikah yang dibanggakan oleh Dong Zong sehingga yang mewakili persatuan mereka perlu berucap dalam Mandarin? Memalukan…

Baru 3 muka surat dah seperti dunia nan kiamat! Muslim tak nak ucap dan raikan Krismas dan raikan Ponggal, dah macam Perang Dunia Ketiga.

- Advertisement -

Perlu faham, Muslim tidak menolak dan anti perayaan agama dan bangsa lain. Tidak sama sekali. Yang kita nampak sekarang adalah reaksi dari Muslim terhadap sikap rasis Dong Zong dan statement rasis dan kritikan berterusan terhadap Islam dan Muslim!

Muslim mahu hidup dalam aman damai dan harmoni tetapi apabila agama mereka dikritik dan disindir saban hari dan mereka diminta bersabar oleh para Menteri dan ahli politik tatkala sedangkan perbuatan Menteri Muslim telah banyak mengecewakan rakyat marhaen.

Muslim tidak sokong kleptorat mahupun rasuah tetapi andai diberikan pilihan antara terus menerus melihat agama mereka dikritik dan disindir berbanding dengan pemimpin yang rasuah, anda tahu betapa Muslim yang benar-benar beriman akan mengutamakan agama melebihi harta dan diri mereka.

FIRDAUS WONG WAI HUNG 
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 17/1/2020

- Advertisement -