Wajib tegas pada jualan arak, bukan air zam-zam

- Advertisement -

IPOH: Tindakan saman terhadap pihak yang menjadikan air zam-zam sebagai barang jualan di Malaysia merupakan langkah yang dipertikaikan, malah boleh membangkit kemarahan dalam kalangan umat Islam.

“Umum mengetahui, tidak semua rakyat mampu pergi (menunaikan) umrah dan Haji ke Tanah Haram itu untuk dapat (berpeluang) merasai sepuas-puasnya air zam-zam yang mulia itu.

“Jika nak tunggu saudara mara, kenalan-kenalan bawa pulang air zam-zam daripada Tanah Suci untuk minum, berapa teguk sangat  kita berpeluang untuk merasai air itu?” soal Ketua Penerangan Ulamak PAS Kawasan Tambun, Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak.

Serunya pihak berkuasa perlu mempertimbangkan langkah itu kerana tiada lagi mana-mana pihak yang mati kerana meminum air zam-zam ataupun dilanggar oleh peminumnya.

“Memang diakui ada sesetengah pihak yang cuba menipu dalam jualan air suci ini, namun ianya hanya minoriti kerana kebanyakkannya benar-benar jujur dalam perniagaan mereka bagi menunaikan hasrat mereka (pembeli) yang memerlukan,” ujarnya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Syed turut menekankan tiada kemudaratan dalam penjualan air itu, malah yang patut diambil tindakan segera ialah jual beli arak secara ‘halal’ dan terbuka kini.

“Arak terbukti mendatangkan mudarat yang lebih besar daripada manfaat. Item ini yang seharusnya disekat segera kerana tiada lagi dalam statistik, orang mati dilanggar oleh peminum air zam-zam,” selar beliau. – HARAKAHDAILY 6/1/2020

- Advertisement -
- Advertisement -