Sambutan Ambang 2020 bersama Tok Guru

    - Advertisement -

    MAJLIS Sambutan Tahun Baru 2020 yang dinamakan sebagai Sambutan Di Ambang Tahun Baru Bersama Tok Guru akan diadakan pada malam 31 Disember 2019 di perkarangan Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Bandar Sierra, Kota Kinabalu.

    Program akan bermula dengan solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, persembahan nyanyian, dan Sembang Santai Bersama Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

    Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menyediakan program Sambutan Tahun Baru yang lebih bermanfaat dan sesuai dengan tuntutan akhlak yang mulia.

    Program ini terbuka kepada orang ramai termasuk masyarakat bukan Islam. Penganjur mengundang khas tokoh ulamak dan ilmuan Islam tersohor iaitulah Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyampaikan perkongsian ilmu dan ceramah pembinaan sahsiah.

    Kami menjemput semua orang untuk hadir bersama keluarga dan jadikanlah Sambutan Tahun Baru ini sebagai sesuatu yang membawa kita semua ke arah kebaikan. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Saudara Idris Muhammad di talian 016 8865471.

    ASPAR AKBAR
    Pengarah Program
    Di Ambang Tahun Baru 2020 – HARAKAHDAILY 29/12/2019

    - Advertisement -
    - Advertisement -