Pemimpin DAP sibuk hal ehwal umat Islam

Lim Kit Siang tunjuk sikap tidak hormat kepada Muslim

- Advertisement -

LIM Kit Siang tiada hak masuk campur sama ada saya sebagai Muslim mahu ucapkan Merry Christmas atau tidak. Bukankah kalian memperjuangkan hak kebebasan bersuara maka ianya adalah hak kami sebagai Muslim nak ucap atau tidak!

Jikalau nak tunjuk hero sangat, apa kata ajak semua rakyat Malaysia berlainan agama turut serta dalam majlis korban tahun depan sebagai tanda harmoni? Siapa yang tidak turut serta kita tarik balik kerakyatan begitu?

Tetapi kami sebagai Muslim takkan ajak semua rakyat Malaysia dalam upacara korban kerana kami hormat dan tahu sensitiviti sahabat lain. Siapa yang nak ucap, silakan. Siapa yang tak nak ucap, itu adalah hak peribadi dan tiada siapa boleh paksa.

Apakah hak kebebasan bersuara hanya wujud untuk golongan seperti anda sahaja dan bukannya untuk Muslim?

By the way sebelum Lim Kit Siang tunjukkan kebodohannya lagi, Dr Zakir Naik tiada Twitter ya. Ramai ahli politik saling bersaing tunjuk kebodohan masing-masing tanpa menyiasat.

By the way Lim Kit Siang, kalau nak jadi suci sangat, mengapakah kamu tidak pula pergi check di gereja adalah mereka juga preach ‘we are all sinner’ and ‘inherit original sins’ from Adam. Sebagai Muslim, kami tidak percaya yang kami mewarisi dosa warisan maka kerana semua manusia dilahirkan tanpa dosa. Maka sekarang apakah semua Muslim di Malaysia perlu ditarik balik kerakyatannya mengikut standard Lim Kit Siang dan sekutunya?

-than-thou.

FIRDAUS WONG WAI HUNG
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 21/12/2019

- Advertisement -
- Advertisement -