DAP dicabar isytihar junjung titah tutup ladang babi

- Advertisement -

SHAH ALAM: DAPSY Selangor bertindak membela ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki, adalah sikap yang mengelirukan dan tidak menggambarkan realiti perbahasan berlaku ADUN itu di Persidangan Dewan Negeri Selangor.

Beliau berkata, walaupun DAPSY mendakwa wakil rakyat mereka tidak pernah mempertikaikan titah Sultan Selangor, namun cadangan untuk meneruskan aktiviti penternakan tersebut secara jelas bertentangan dengan hasrat baginda.

- Advertisement -

“DAPSY Selangor ada keluarkan kenyataan. Tapi kenyataan mereka bercanggah dengan sikap ADUN mereka dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Aku baca pun pening. Apa sebenarnya mereka nak cakap.

“Mereka kata ADUN Seri Kembangan tak pernah pertikaikan dan menentang titah Sultan Selangor. Tapi masalahnya ADUN mereka tidak bersetuju dengan titah Tuanku secara jelas. Tuanku kata tutup penternakan babi, dia minta nak teruskan penternakan babi,” ujarnya.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar aktiviti penternakan babi di beberapa kawasan di Selangor ditutup bagi menangani isu pencemaran bau, sisa kumbahan, dan sensitiviti penduduk setempat.

Bagaimanapun, Wong Siew Ki telah membangkitkan keperluan mengekalkan atau mengawal selia industri berkenaan atas faktor ekonomi di mana perkara itu mengundang kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan sebagai tidak menghormati titah baginda.

Nurul Islam turut membangkitkan persoalan mengenai penggunaan naratif ‘ruang perbahasan demokrasi’ digunakan oleh DAPSY untuk menghalalkan tindakan membahaskan titah yang sudah bersifat muktamad.

“Dalam kenyataan DAPSY tu, mereka kata dalam sistem demokrasi berpelembagaan, ruang perbahasan dasar adalah penting. Maksudnya dia cakap nak bahas apa yang tuanku titahkan. Aik, kata tak bantah, tapi ni nak bahas pulak. hmmm…..peninglah aku macam ni,” pertikai beliau.

Sehubungan itu, beliau mencabar pimpinan DAP Selangor untuk mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang tuntas sekiranya benar mereka menjunjung kedaulatan institusi beraja di negeri tersebut tanpa sebarang helah politik.

“Kalau betul ADUN DAP tak pertikai titah Tuanku, mudah je, DAP keluarkan kenyataan DAP dan semua ADUNnya di Negeri Selangor sokong sepenuhnya titah Tuanku Sultan Selangor untuk penternakan babi ditutup serta-merta.

“Amacam, boleh ker? Tak boleh kan….hehe. sudahlah, derhaka tu derhaka lah. Tak payah goreng goreng. Dah hangit sangat ni….” tegas beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Selangor.

Isu ini kini terus menjadi perhatian umum di Selangor, dengan desakan agar kerajaan negeri memberikan garis panduan yang lebih jelas bagi melaksanakan titah Sultan Selangor demi menjaga keharmonian rakyat pelbagai kaum. – HARAKAHDAILY 23/4/2026

- Advertisement -