
KUALA LUMPUR: Institut Kajian Islam dan Strategik (IKIS) di bawah Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) akan menganjurkan satu Webinar Ilmiah bagi membincangkan secara mendalam isu berkaitan ‘Rang Undang-undang (RUU) Pendanaan Politik dana ke dosa?’ pada 23 November (Ahad) ini.
Program yang terbuka kepada ilmuwan, aktivis masyarakat serta orang ramai itu bertujuan menghuraikan persoalan ketelusan dan integriti dalam pengurusan dana politik, selaras dengan prinsip Islam serta nilai tadbir urus baik menurut al-Quran dan al-Sunnah.
Webinar berkenaan akan berlangsung secara dalam talian dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari yang akan bermula dengan ucapan aluan oleh Pengarah IKIS yang juga Rektor Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Ustaz Azhar Yahya.
Pihak penganjur berkata, program itu akan menampilkan dua pembentang ilmiah iaitu pensyarah Jabatan Pengajian Moral, Siviks dan Pembangunan Karekter, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Muhammad Atiullah Othman serta Timbalan Pesuruhjaya II PAS Wilayah Persekutuan yang juga penulis buku Rasuah Politik, Dr Nazri Mansur.
Ulasan penutup akan disampaikan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya.
Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM20 seorang dan setiap peserta akan menerima e-book kertas kerja prosiding webinar.
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut (https://forms.gle/aJ3HzSqau26RTUD2A), manakala sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urusetia program, Sakinah (011-3914 2813) serta Zulfah (018-765 2544). – HARAKAHDAILY 21/11/2025



















