Polemik rotan suatu proses karakter bukan ekstremis pendidikan

Foto hiasan.
- Advertisement -

Pendidikan suatu wadah acuan untuk membentuk individu dalam masyarakat sesebuah negara. Asas kecemerlangan ketamadunan manusia berpunca dari pendidikan kerana memugar dan berupaya memelihara dan memacu nilai dalam sesebuah masyarakat.
Manakala pendidikan yang salah atau dasar dan sistem yang tidak jelas menjadi punca kekeliruan nilai, etika dan adab sesuatu norma dalam masyarakat. Pendidikan yang menjana nilai jati diri dan patriotisme dapat menerapkan stigma mencintai negara dalam jiwa dan sahsiah warganya

- Advertisement -

Corak pendidikan akan mencerminkan sikap dan kecenderungan yang wujud dalam masyarakat. Ia juga merupakan elemen terpenting dalam proses tumbesaran dan kematangan seseorang yang dapat melahirkan generasi yang berguna dan berakhlak mulia. Pendidikan yang diabaikan dalam sistem dasar negara menuai banyak kes dan peristiwa malang dalam masyarakat di samping kemunduran bertingkat-tingkat sekali gus punca keruntuhan rupa diri dan akhlak yang berleluasa.

Merujuk banyak isu dalam pendidikan di negara ini, iaitu seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut ditikam pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, pada minggu kedua Oktober. Pelajar Tingkatan Tiga trauma dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video di sekolah menengah Alor Gajah, Melaka.

Dimensi lain seorang pengawal keselamatan sekolah dan teman lelakinya dituduh di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mencabul murid perempuan di tandas sebuah sekolah di Rembau pada 7 Oktober lalu. Peristiwa tragis kematian pelajar berusia 10 tahun, pelajar Tahun Empat di sebuah sekolah rendah di Negeri Sembilan dapati pelajar ditemui mati atau ditemui dalam keadaan tergantung dengan skaf pengakap digunakan sebagai tali gantung dan murid Tahun Tiga, Abdul Fatah Khairol Rizal, meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kubahan di kawasan sekolah di Lenggeng, Nilai dipercayai memijak penutup lubang jenis fiber di kawasan sekolah semasa program kejohanan sukan olahraga di sekolah tersebut.

Sementara isu buli yang menggemparkan negara membabitkan kematian arwah Zara Qairina Mahathir pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah. Isu terbabit diklafikasi jenayah kerana menyebabkan kematian, kecederaan dan kes salah laku seksual kepada mangsa seperti kematian.

Bagi membahas isu pendidikan yang melibatkan profesyen guru digarap prinsip guru profesional dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, kepimpinan, klinikal psiokologi pelajar dan pengalaman sebagai guru pelbagai perspektif, bersepadu dan reflektif. Meskipun lebih 99 peratus guru mempunyai kelayakan iktisad dan kelayakan dari universiti atau kolej perguruan dan kurang satu peratus atas keperluan sekolah kerana guru cuti bersalin, berkursus dan lain-lain, tetapi pihak berkaitan perlu menyemak dan merombak kurikulum latihan agar mendepani cabaran mutakhir apalagi entri AI atau kecerdasan buatan banyak mempengaruhi sahsiah pelajar kelak.

Ini kerana beberapa elemen persekitaran pengajaran-pembelajaran, menyediakan ruang, lingkup dan peluang untuk memupuk keterujaan intelektual yang akan mengoptimumkan potensi dan minat pelajar untuk pembelajaran sepanjang hayat diukur induksi verbal tetapi ruang, sumber dan teknologi pembelajaran yang berkualiti untuk pembelajaran aktif dan koperatif yang mempromosikan interaksi sosial dan kepuasan diri yang positif perlu menjadi kompeten pentadbir dan guru-guru.

Pentadbir dan penjana akademik khususnya di sekolah mesti menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran, teknologi serta aplikasinya dalam amalan pendidikan. Namun hak profesyen terutama dalam komunikasi merangkumi hak terhadap profesion keguruan dan juga institusi pendidikan. Ciri-ciri hak profesyen, iaitu imej dan status profesyen perlu dijaga saban waktu agar kerjaya mendapat kepercayaan masyarakat. Tatalaku atau nilai dan etika guru perlu dijaga dan terpelihara melalui latihan dan kursus untuk meningkatkan semula tahap profesionalisme.

Elemen adab berkomunikasi dalam menyampaikan ilmu dalam idea dan fikiran objektif di samping hasrat atau perasaan melalui seni bahasa kerana tanpa adab komunikasi mewujudkan konflik dalam kehidupan individu dengan komuniti dan persekitaran.Kebencian merupakan tanda pemulauan yang berpunca daripada komunikasi yang bermasalah sama ada pentadbir dengan guru atau guru dengan murid sekali gus menuai dendam apabila seseorang merasakan mereka diremehkan oleh mana-mana pihak di dalam memberi dan menerima pendapat semasa komunikasi sama ada guru, ibu bapa dan murid. Dengan itu terhakis penghormatan kepada profesyen atau guru dan komuniti. Yang menjadi parasit dalam kerjaya, iaitu fitnah akibat salah faham di antara pihak sekolah dan murid atau ibu bapa.

Sementara bentuk hukuman suatu proses pengajaran untuk mendisiplin pelaku. Kembalikan hukuman merotan bukan aneh dan ekstrem kerana normalisasi dalam proses pendidikan bukan menghapus kesalahan sebaliknya pengajaran dan garis pemisah di antara amalan baik atau jahat di samping penghakiman oleh komuniti sekolah yang mendapat latihan dan kelayakan optimum sebagai pemegang taruh pendidikan demi menuai kemenjadian insan yang tinggi nilai kemanusiaan.

Oleh itu, tindakan proaktif menanganai isu salah laku pendidikan terutama di sekolah suatu tuntutan massa perlu solusi pantas dan komprehensif.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio/Pensyarah kursus Insan Guru Profesional @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 15/10/2025

- Advertisement -