Sumbangan Deepavali erat perpaduan kaum

- Advertisement -

SEREMBAN: Seramai 44 keluarga dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Serting dan DUN Jeram Padang menerima sumbangan sempena sambutan Hari Deepavali yang bakal diraikan pada 20 Oktober ini.

- Advertisement -

Majlis penyampaian sumbangan tersebut dianjurkan oleh Dato Manickam Letchuman, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, yang juga bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan dan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat.

Program turut dihadiri Pegawai Khas kepada ADUN Serting, Ustaz Fikri Mohd Puad, mewakili Ustaz Fairuz Isa yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Sumbangan berbentuk wang tunai itu disalurkan hasil keprihatinan dan inisiatif peribadi Dato Manickam sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada masyarakat pelbagai kaum di Negeri Sembilan.

Menurut Dato Manickam, usaha itu diharap dapat membantu penerima membuat persiapan menjelang perayaan, di samping memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan komuniti majmuk negeri ini.

Turut hadir, Ketua Penerangan DHPP Pusat, Dr Balachandran Gopal Krishnan. – HARAKAHDAILY 13/10/2025

- Advertisement -