Peluang kerja kedua selepas inisiatif Veteran MyWira

Komander (B) Nordin Ahmad Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyatakan inisiatif lain selepas mewujudkan ‘Program Kesinambungan Kerjaya Veteran MyWira’ melalui Talent Corporation Malaysia Berhad bagi membantu kebajikan golongan tersebut.

- Advertisement -

Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) berkata, ia merupakan salah satu contoh dimana Kementerian Pertahanan bekerjasama Kementerian Sumber Manusia bagi menyediakan peluang kerjaya kedua kepada veteran.

Beliau berkata, kerajaan melalui Kementerian Pertahanan diminta menyatakan hasil serta perancangan masa hadapan bagi memperkasakan lagi hasrat itu bagi menyediakan peluang pekerja selepas menamatkan perkhidmatan.

“Apakah ada program rentas kementerian dan agensi yang telah dilaksanakan bagi peluang kerjaya kedua veteran, apakah hasilnya dan apakah rancangan masa hadapan kerjaya kedua rentas kementerian dan agensi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan pada sesi Pertanyaan Jawab Lisan sempena Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dalam jawapannya berkata, pihaknya turut menjalinkan kolaborasi dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi mewujudkan jawatan Ranjer Komuniti.

Beliau berkata sehingga kini seramai 382 veteran ATM dilantik sebagai Ranjer Komuniti selain 467 orangan turut terlibat dalam ‘Immune Belt Enforcement Team (IBET)’ dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak.

Pihaknya juga berganding bahu dengan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) menerusi program latihan seperti program tranformasi perniagaan veteran ATM kepada individu yang berkelayakan dan dilaksanakan seluruh negara.

“Kita juga mengadakan kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi penempatan veteran ATM dalam alam pekerjaan yang bermajikan dan sehingga kini seramai 12,724 telah membuat pendaftaran direkodkan.

“Ini kita lakukan dalam platform My Future Job dan daripada jumlah tersebut seramai 5,165 veteran ATM telah mendapat pekerjaan,” kata Ahli Parlimen Alor Gajah. – HARAKAHDAILY 24/7/2025

- Advertisement -