Perancangan Zionis Israel untuk memecahkan Lubnan

- Advertisement -

TELAH mula dilaporkan bahawa Amerika Syarikat dan Zionis Israel sedang merancang agenda untuk memecahkan Lubnan kepada tiga buah entiti:

1. Utara Lubnan diserahkan kepada Syria.

I –  Tripoli dan kawasan sekitarnya akan diserahkan ‘secara paksa’ kepada Syria, yang mewajarkan tuntutan Syria bahawa secara sejarahnya ia adalah wilayah Syria.

II –  Lembah Beqqa juga berkemungkinan diserahkan kepada Syria di mana ia mempunyai kepentingan strategik dari segi sumber air mentah dan kedudukan strategiknya.

- Advertisement -

2. Sebuah wilayah autonomi (negara) untuk penduduk Kristian Lubnan.

I –  Ketika ini Lebanon Forces (LF) telah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Lubnan dan memainkan peranan besar menyebarkan propaganda dan menjalankan kerja secara sulit bagi Barat untuk meranapkan Hizbullah.

II –  Ketika perang saudara di Lubnan pada tahun 1975 – 1990, Lebanon Force telah menjadi tulang belakang militia Kristian di Lubnan yang berperang dengan kumpulan pejuang Palestin di Lubnan termasuk Hizbullah.

III –  Antara agenda utama mereka ketika itu adalah untuk menuntut sebuah wilayah autonomi bagi penduduk Kristian di Lubnan. Dalam beberapa siri peperangan antara Zionis Israel dan Hizbullah, Lebanon Forces turut berpihak dan menjadi sekutu kuat kepada Zionis Israel.

3. Sebuah negara Islam di Selatan Lubnan.

I –  Selatan Lubnan sedang dirancang untuk dijadikan sebuah wilayah (negara) untuk penduduk Islam di Lubnan.

II –  Tujuannya adalah untuk mengasingkan dan memencilkan Hizbullah ke wilayah yang dikuasai mereka iaitu di selatan Lubnan dan seterusnya ‘meleburkan’ Hizbullah.

III –  Matlamat utamanya adalah untuk ‘memusnahkan’ Hizbullah secara kekal dengan melucutkan serta menghapuskan kesemua senjata dan pangkalan tenteranya, menafikan keabsahannya serta menghapuskan dominasi Hizbullah dalam politik Lubnan.

4. Mengapa ia mula dilaksanakan sekarang?

I –  Zionis Israel dan Amerika Syarikat tidak berjaya ‘menghapuskan’ Hizbullah secara ketenteraan. Solusinya penghapusan secara politik melalui strategi pecah perintah.

II –  Ia juga adalah sebahagian dari perancangan besar Abraham Accord untuk menormalisasi hubungan antara negara haram Israel dengan Syria dan Lubnan berikutan kejatuhan Kerajaan Basyar al-Assad di Syria. Syria menuntut sepertiga daripada Bukit Golan dan sebahagian wilayah Lubnan untuk menormalisasikan hubungan dengan negara haram Israel.

5. Ugutan ekonomi ke atas Lubnan.

I –  Amerika Syarikat menuntut dan mendesak agar Kerajaan Lubnan dengan segera melaksanakan perlucutan senjata ke atas Hizbullah dengan masa selama 5 bulan diberikan untuk pelaksanaannya atau berhadapan dengan keruntuhan ekonomi.

II –  Menerima kenyataan bahawa Sheeba Farm adalah wilayah Syria. Sheeba Farm adalah penting bagi Hizbullah sebagai satu simbol penentangan terhadap rejim Zionis Israel dan kesahihan wilayahnya.

“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”

DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 13/7/2025

- Advertisement -