PAS rai Hari Kebangsaan dan Ulang Tahun Maharaja Jepun

Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi (kiri) mengetuai delegasi PAS dalam majlis sambutan Hari Kebangsaan Jepun serta Ulang Tahun Ke-65 Duli Yang Maha Mulia Maharaja Jepun.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Delegasi PAS yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, telah menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan Jepun serta Ulang Tahun Ke-65 Duli Yang Maha Mulia Maharaja Jepun.

- Advertisement -

Majlis anjuran Kedutaan Besar Jepun di Malaysia di sini, semalam, dihadiri oleh pelbagai wakil kerajaan, pemimpin politik, diplomat asing serta tokoh masyarakat yang bersama-sama meraikan hubungan diplomatik erat antara Malaysia dan Jepun.

Kehadiran delegasi PAS dalam majlis ini mencerminkan komitmen parti dalam memperkukuhkan hubungan antarabangsa serta mengeratkan persahabatan dan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

Dalam pertemuan bersama wakil rasmi Kedutaan Jepun, Dr Muhammad Khalil menyampaikan ucapan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Jepun sempena sambutan bersejarah ini.

Beliau turut menekankan kepentingan memperkukuhkan hubungan diplomatik dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan, dan pembangunan teknologi demi manfaat bersama.

“PAS sentiasa komited dalam membina hubungan baik dengan negara-negara sahabat serta menggalakkan pertukaran budaya dan diplomasi sebagai usaha memperkukuhkan keharmonian dan kerjasama antarabangsa,” katanya.

Penyertaan PAS dalam majlis ini sekali lagi menunjukkan pendirian parti dalam memperluaskan jaringan hubungan antarabangsa demi kepentingan umat dan negara. – HARAKAHDAILY 27/2/2025

- Advertisement -