
KOTA BHARU: Krisis kemanusiaan berlaku di utara Gaza, Palestin setelah lebih 50 hari tanpa sebarang penghantaran makanan penting dari luar.
NGO Cakna Palestin berkata, akses bantuan segera amat penting untuk mengelakkan penderitaan berterusan penduduk di wilayah terbabit.
Katanya, ramai kanak-kanak Palestin menangis ketika mereka berbaris untuk mendapatkan makanan di Khan Younis, selatan Gaza baru-baru ini.
Manakala agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) baru-baru ini menghentikan penghantaran bantuan melalui laluan utama Kerem Shalom antara Israel dan Gaza atas faktor keselamatan.
“Jalan keluar dari laluan itu tidak selamat. Pada 16 November konvoi besar trak bantuan dicuri oleh kumpulan bersenjata.
“Gaza berada di ambang kebuluran. Operasi kemanusiaan menjadi semakin mustahil untuk dilaksanakan,” katanya pada kenyataan di media sosial agensi itu.
Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu Gaza dalam keadaan huru-hara, kebuluran meningkat.
Manakala dalam perkembangan berkaitan sukarelawan medik MER-C Indonesia diusir tentera Zionos Israel di Hospital Kamal Adwan pada Jumaat lepas.
Menurut KOMPAS.com enam sukarelawan MER-C Indonesia meninggalkan hospital terbabit dengan berjalan kaki bersama rakyat Palestin.
Sukarelawan terbabit terpaksa berjalan kaki dari Hospital Kamal Adwan ke Salah Adin. – HARAKAHDAILY 9/12/2024











