Kedah, negeri pencarum tertinggi SKIMPAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kedah menjadi negeri tertinggi jumlah pencarum Skim Kifalah Ahli PAS (SKIMPAS) dengan jumlah 4,313 pencarum, manakala Selangor di tempat kedua mencatat 3,150 pencarum, diikuti Terengganu dengan 2,755 pencarum.

SKIMPAS dalam satu kenyataannya berkata, di peringkat kawasan pula, Kemaman mencatatkan rekod tertinggi dengan 1,104 pencarum, menjadikannya satu-satunya kawasan yang melebihi 1,000 pencarum.

“Syabas juga kepada PSK (Perunding SKIMPAS), Rokiah dari Hulu Selangor yang gigih dan berjaya mengumpulkan 802 pencarum SIKMPAS.

- Advertisement -

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Perunding SKIMPAS yang berusaha tanpa henti mengajak ahli PAS dan DHPP (Dewan Himpunan Pendukung PAS) untuk mencarum.

“Semoga usaha kita ini dapat memberikan manfaat kebajikan kepada ahli serta memperkuatkan perjuangan jemaah,” katanya menerusi kenyataan itu.

SKIMPAS merupakan Skim Khairat Kematian & Skim Perlindungan Kemalangan yang telah ditubuhkan pada 2015 di bawah kelolaan Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat (LKKSPP).

Dengan jumlah caruman sebanyak RM55 setahun, SKIMPAS menjanjikan manfaat dan perlindungan berbentuk kewangan kepada ahli-ahli PAS atau warisnya apabila berlaku kematian mahupun kemalangan ahlinya. – HARAKAHDAILY 9/10/2024

- Advertisement -