PN bakal jadi parti dominan selepas PRU-16

Raggie Jessy Rithaudeen
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Saya berani menyatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) bakal  menjadi parti dominan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak”

Aktivis media sosial, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, sebelum ini terdapat retorik yang dimainkan pihak tertentu  bahawa kononnya Umno ingin kembali semula menjadi sebuah parti politik yang dominan.

- Advertisement -

“Saya juga ada merujuk kepada dua hingga  tiga video yang telah dibawa kepada perhatian saya berkenaan dengan satu pendapat oleh seseorang bahawa PN tidak akan ada parti dominan pada PRU-16.

“Saya telah mendengar hujah mengenai perkara tersebut tetapi hari ini saya berani menyatakan bahawa PN lah yang mampu menjadi parti dominan selepas pilihan raya tersebut,” katanya dalam satu kenyataan dalam Facebooknya.

Menurut beliau, Presiden Umno dan beberapa individu dalam Perhimpunan Agung Umno sebelum PRU-15 begitu beria-ria inginkan supaya pilihan raya tersebut untuk diawalkan tarikhnya.

Tambahnya, tujuan tersebut dilakukan bukan untuk memperjuangkan hak bangsa Melayu dan Islam tetapi lebih kepada kes mahkamah Presiden Umno itu sendiri.

“Beliau sendiri mengaku perkara ini dalam Konvensyen MIC dan kenyataan tersebut bukan berbentuk fitnah, yang mana tujuan pilihan raya umum ketika itu diawalkan adalah mengenai kes mahkamah semata-mata.

“Dalam Perhimpunan Agung Umno itu sendiri presidennya memberi gambaran besar bahawa Umno akan menang besar dalam PRU-15 tetapi adakah Umno menang besar ketika itu? Jawapannya tidak.

“Tambahan pula, terdapat data yang menunjukkan bahawa Umno secara konsisten dari tahun 2008 jelas menunjukkan kemerosotan pengundi dan yang terburuk ialah PRU-15 itu sendiri,” jelasnya.

Sehubungan itu, Raggie menyatakan kemenangan Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri baru-baru ini adalah berpunca daripada satu peralihan pengundi dalam satu tempoh yang kecil.

Kata beliau lagi, pada ketika itu terdapat kemarahan penduduk Nenggiri terhadap parti Bersatu yang menyebabkan mereka memilih Umno tetapi perkara tersebut hanya dikategorikan sebagai faktor kecil walaupun pengundian daripada komuniti Orang Asli.

“Namun begitu, jika kita melihat satu tempoh yang lama ada peralihan pengundi, maka ia  memang kekal dan trend penurunan undi terhadap Umno adalah selama 16 tahun dahulu.

“Dalam masa 16 tahun ini terus ada kebocoran undi daripada orang Melayu pergi ke PN ataupun PAS. 

“Perkara sebegini bermaksud ada sesuatu yang kronik dalam parti Umno yang menyebabkan mereka ditolak oleh orang Melayu itu sendiri,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/8/2024

- Advertisement -