Amaran tsunami: Peru digegar gempa bumi 7.2 magnitud

Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud pada skala Ritcher melanda Peru berpusat 21 kilometer dari Chala pada hari ini, 28 Jun 2024. (FOTO: Daily Mail)
- Advertisement -

LIMA: Amaran tsunami telah dikeluarkan susulan gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda pantai tengah Peru hari ini, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Namun, USGS kemudian memaklumkan ancaman tsunami daripada gegaran itu sudah berlalu,  biarpun terdahulu, beberapa kawasan pantai diberi amaran untuk menjangkakan ombak setinggi 3 meter (9.8 kaki), tetapi amaran itu kemudiannya dibatalkan.

USGS sebelum itu menaikkan penarafan magnitud lebih awal sejurus selepas gegaran melanda 8.8 kilometer (5.5 batu) dari daerah Atiquipa, dengan pusat gempa bumi terletak 21km dari Chala, lapor Daily Mail.

- Advertisement -

Tiada laporan kerosakan segera daripada pihak berkuasa, tetapi kawasan pantai diberi amaran untuk bersiap sedia menghadapi ombak besar.

Bagaimanapun, pusat amaran tsunami kebangsaan AS berkata tiada lagi ancaman, manakala Presiden Peru menyatakan amaran gelombang itu telah dibatalkan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik sebelum ini berkata, “Gelombang tsunami berbahaya diramalkan untuk beberapa pantai”, sambil menambah bahawa ombak boleh mencapai ‘satu hingga tiga meter’.

Peru, dengan kira-kira 33 juta penduduk, terletak di Lingkaran Api Pasifik yang dikenali sebagai kawasan luas aktiviti seismik sengit di sepanjang pantai barat Amerika, yang mengakibatkan negara itu dilanda ratusan gempa bumi yang dapat dikesan setiap tahun. -Agensi/– HARAKAHDAILY 28/6/2024

- Advertisement -