Sokongan anak muda kepada PN makin ketara

Wan Razali bersama kalangan anak muda di Lembah Jaya.
- Advertisement -

AMPANG: Golongan belia dan anak muda di Dun Lembah Jaya dekat sini menyatakan sokongan yang teguh kepada PERIKATAN NASIONAL (PN).

- Advertisement -

Menurut Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor gelombang sokongan kepada PN semakin ketara khususnya dalam kalangan anak muda.

“Pada hari penamaan calon, kita melihat ramai yang hadir di kalangan golongan belia.

“Ketika berkempen, saya bertemu dan menyapa dengan pengundi muda di Lembah Jaya, mereka terus mengangkat tangan meniru aksi Menteri Besar Kedah,” ujarnya pada program ceramah di Taman Tasek Tambahan.

Ini, katanya adalah isyarat daripada anak muda di mana mereka mengikuti perkembangan politik tanah air.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar memberitahu bahawa rakyat perlu dipimpin oleh pemimpin yang baik demi kesejahteraan negara.

“Apabila pemimpin menipu, ianya akan memberi kesan kepada rakyat. Mereka hanya pandai menabur janji dengan menipu, tetapi tidak menyelesaikan masalah rakyat,” ujar beliau yang juga ADN Tanjung Lumpur.

Tambah beliau, rakyat perlu bijak menilai sikap pemimpin yang hanya berpura-pura, dan menghukum mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

Pada majlis itu, calon PN Lembah Jaya, Sharifah Haslizah Syed Ariffin memperkenalkan diri dan berkongsi pengalaman sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dari 2013 hingga 2018. – HARAKAHDAILY 31/7/2023

- Advertisement -