Tangani kesesakan lalu lintas tawaran utama PN

- Advertisement -

TASEK GELUGOR: Menangani kesesakan lalu lintas, projek tambak pulau dan kos sara hidup adalah antara beberapa tawaran utama PERIKATAN NASIONAL (PN) untuk rakyat Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, masalah kesesakan lalu lintas sudah lama membelenggu rakyat.

- Advertisement -

Katanya, orang ramai terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas setiap hari pada waktu puncak, sama ada pagi dan petang.

“Pagi orang nak masuk Pulau Pinang, mula dari Sungai Dua ke Batu Kawan, iaitu kawasan perindustrian sangat sesak dan juga waktu puncak semasa balik kerja.

“Penduduk yang tinggal di Sungai Petani, Kulim dan Seberang Perai setiap hari berdepan situasi tersebut ketika pergi dan balik kerja,” katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon di Dewan Perdana Institut Kemahiran Mara (IKM) hari ini.

Muhammad Fauzi yang juga calon PN di DUN Sungai Dua berdepan calon PH-BN, Shaik Hussein Mydin.

Menurutnya juga jentera PN dikerahkan sejak beberapa minggu lepas menjelajah seluruh Pulau Pinang untuk membantu kempen calon PN.

Ditanya kontroversi pencalonan Presiden Gerakan, Senator Dr Dominic Lau Hoe Chai di DUN Bayan Lepas, katanya isu tersebut perkara biasa.

“Itu perkara biasa. Kita di peringkat pimpinan mengawal keadaan supaya kembali pulih dan reda. Jentera digerakkan di seluruh kawasan untuk membantu calon PN,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/7/2023

- Advertisement -