Sektor tertentu pembinaan LTU lewat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Mohd Apandi Mohamad meminta Kementerian Kerja Raya menyatakan punca utama kelewatan pelaksanaan pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU).

“Dalam beberapa segmen, saya jangka ada beberapa segmen yang terbelakang daripada jadual, boleh YB Menteri menyatakan faktor-faktor, sektor-sektor tertentu yang agak terbelakang daripada jadual? Yang lain, yang mengikut jadual, Alhamdulillah,” katanya.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, ketika menjawab persoalan ini berkata, status semasa projek LTU sehingga Jun adalah 55.36 peratus berbanding 56.75 peratus unjuran.

“Punca utama kelewatan pelaksanaan projek LTU disebabkan isu pengambilan tanah dan berkaitan pasca pandemik Covid-19, seperti kekurangan pekerja dan kenaikan harga barang dan sebagainya.

Katanya, kementerian telah mengambil tindakan bagi mengatasi isu itu dengan mengadakan tadbir urus bersama agensi yang terlibat seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan Kerajaan Negeri.

“Selain itu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan permohonan perubahan harga bagi membantu kontraktor menangani masalah kenaikan harga barang,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/6/2023

- Advertisement -