AMF masih di peringkat cadangan

Senator Datuk Razali Idris
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Razali Idris meminta kerajaan menyatakan setakat mana ketersediaan Asia dalam merealisasikan gagasan penubuhan Tabung Kewangan Asia (AMF).

“Setakat mana ketersediaan negara Asia, khususnya Malaysia dalam merealisasikan gagasan penubuhan AMF?

- Advertisement -

“Seterusnya, apakah yang akan dilakukan terlebih dahulu kajian secara terperinci kebolehlaksanaan AMF khususnya di negara kita?”

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, ketika menjawab persoalan ini berkata, penubuhan AMF masih di peringkat cadangan.

“Tujuan dan faedah awal yang dinyatakan oleh AMF adalah untuk menguasai kewujudan kestabilan dan daya tahan kewangan serantau.

“Namun begitu, penubuhan AMF belum ada ketetapan tarikh kerana masih di peringkat cadangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/6/2023

- Advertisement -