Hospital Jerantut kekurangan doktor pakar, fasiliti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hospital Jerantut masih berdepan masalah kekurangan doktor pakar dan fasiliti, kata Ir Ts Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut).

- Advertisement -

Namun, katanya penduduk terpaksa bergantung kepada Hospital Jerantut yang tidak mempunyai doktor pakar yang boleh dirujuk dan bertugas sepenuh masa, terutama di wad kecemasan dan wad perubatan.

“Masalah di Jerantut bukanlah masalah terpencil. Ia telah dikongsi oleh Ahli Parlimen yang lain. Lebih-lebih lagi untuk rakan-rakan Ahli Parlimen kami di Malaysia Timur.

“Pada masa yang sama, perkhidmatan dikotomi (pemisahan) awam dan swasta ini sedikit sebanyak memburukkan lagi keadaan dari sudut kepakaran, doktor pakar yang tidak cukup, teknologi, hasil ujian makmal dan pengimejan yang tidak menyeluruh,” katanya ketika membahaskan Usul Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, kerajaan perlu memperkasakan perkongsian pintar awam-swasta untuk melaksanakan perolehan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan daripada sektor swasta secara strategik.

“Kita perlu adakan sistem data yang boleh diakses oleh kedua-dua entiti yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang boleh dipercayai. Pelaburan ke arahnya boleh dikongsi bersama oleh semua pemegang taruh,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/6/2023

- Advertisement -