Covid-19 buka mata semua pihak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) berpandangan bahawa cabaran besar dalam menangani pandemik Covid-19 secara tidak langsung membuka mata semua pihak hingga kerajaan mengeluarkan Kertas Putih Kesihatan.

- Advertisement -

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, menuntut kesungguhan kerajaan dalam semua aspek kesihatan negara untuk memberikan impak yang besar, sama ada soal tenaga kerja, peruntukan, pendapatan dan hasil.

“Negara kita mempunyai dua sistem, swasta dan awam yang seharusnya diintegrasikan untuk mendapat manfaat yang terbaik.

“Pandemik Covid-19 mengajar (semua pihak) yang akhirnya sedikit sebanyak kebersamaan itu secara khusus harus ada satu integrasi.

“Cuma saya tidak menafikan bahawa kita memerlukan satu belanjawan yang cukup besar. Namun demikian, usaha mempertingkatkan penjagaan kesihatan utama memerlukan kerjasama erat sektor swasta dan kerajaan,” katanya ketika membahaskan Usul Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, katanya sistem digitalisasi kesihatan perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan kesibukan, sekali gus memperkasakan perkhidmatan awam.

“Saya dimaklumkan sebahagian besarnya (peranti komputer) sudah lapuk yang tidak boleh digunakan malah menyusahkan penjawat awam untuk menyampaikan perkhidmatan dengan baik,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/6/2023

- Advertisement -