Wakil rakyat, tempat pertama rakyat mengadu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) menegaskan hak Ahli Parlimen mendapat peruntukan walaupun dari sisi pembangkang tidak boleh dinafikan, sekali gus menepati norma dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

- Advertisement -

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, pendapatan bulanan wakil rakyat kira-kira RM25,000 sebulan tidak mencukupi untuk membantu serta meraikan rakyat dalam sesuatu program.

Katanya, ini kerana tugas wakil rakyat pada zaman sekarang semakin mencabar, malah apabila berlaku musibah atau rakyat hendak mendapatkan bantuan, mereka akan menjadi tempat pertama rakyat mengadu.

“Setiap hari, pejabat saya ada rakyat minta bantuan, kadang-kadang ada minta nak buat gigi palsu, tidak bagi kita tengok kesian pula, dia baca Fatihah tidak betul.

“Ini memang berlaku, kalau pun tidak mahu masuk dalam akaun Pusat Khidmat, boleh `parking’ di pejabat daerah pun tidak mengapa. Tak apa, kita nak duit kita dahulu, kemudian claim (tuntut),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suhakam bagi tahun 2020 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada 4 April lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kesediaannya memberi jumlah peruntukan yang sama kepada Ahli Parlimen pembangkang seperti diterima wakil rakyat blok kerajaan.

Bagaimanapun hingga kini, isu peruntukan belum dimuktamadkan berikutan kerajaan menetapkan syarat perkara itu memerlukan rundingan antara wakil kerajaan dan PERIKATAN NASIONAL (PN). – HARAKAHDAILY 13/6/2023

- Advertisement -