Pembinaan MRSM Sik sedang dikaji semula

Ahmad Tarmizi Sulaiman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sik, Kedah termasuk beberapa MRSM lain dalam status pra pelaksanaan sedang dikaji semula memandangkan terdapat peningkatan dalam kos pembinaan.

- Advertisement -

Menurut Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), bagi MRSM Sik, kos pembinaan asal berdasarkan makmal pengurusan nilai yang dilaksanakan adalah sebanyak RM99.47 juta.

Namun, katanya terdapat peningkatan kos pembinaan yang ketara berjumlah RM21.56 juta, berdasarkan preliminary detailed abstract (PDA) terkini, menjadikan kos keseluruhan pembinaan adalah sebanyak RM121.04 juta.

“Atas justifikasi tersebut, kementerian melalui Mara akan memberi keutamaan perancangan pelaksanaan projek-projek baharu MRSM termasuk MRSM Sik secara berfasa mengikut keperluan semasa,” ujar KKDW dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) di Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad Tarmizi dalam soalannya memminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan status pembinaan MRSM Sik yang belum bermula sedangkan pemilihan tapak pembinaan MRSM itu telah dimuktamadkan. – HARAKAHDAILY 13/6/2023

- Advertisement -