
KUALA LUMPUR: Kerajaan pada masa ini tidak bercadang untuk mengambil alih mana-mana lebuh raya yang sedang beroperasi kerana memerlukan implikasi kewangan yang sangat tinggi.
- Advertisement -
Kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan semula cadangan itu sekiranya keadaan kewangan dan fiskal negara mengizinkan kelak.
Kementerian Kerja Raya memaklumkan perkara itu dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahmad Fadhli Shaari [PN-Pasir Mas] di Dewan Rakyat, semalam.
Ahmad Fadhli menerusi soalannya meminta Menteri Kerja Raya menyatakan komitmen Kerajaan Pusat dalam mengambil alih konsesi lebuh raya dan beransur-ansur mengurangkan kadar tol di seluruh negara bagi meringankan beban dipikul rakyat selama ini. – HARAKAHDAILY 13/6/2023




















