Junjung titah Pemangku Raja Pahang, jangan derhaka

Mohd Zarimi Abu Zih Al-Hafiz
- Advertisement -

SIDANG Dewan Negeri Pahang bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua baru sahaja dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.

- Advertisement -

Dalam titah diraja, Baginda memfokuskan beberapa aspek penting berkaitan rakyat dan negeri Pahang. Antaranya memberi peruntukan yang adil kepada pembangkang.

“(Tempoh) 66 tahun ini sepatutnya telah matang dan yang menjadi kerajaan raikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat,” titah Baginda dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang.

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, kami amat menjunjung titah Baginda Pemangku Raja Pahang yang sentiasa memikirkan soal rakyat Tuanku dan adil dalam mengemudi pemerintahan di negeri Pahang.

Buat YAB MB dan ADN Kerajaan BN-PH, sudah-sudahlah amalkan politik lapuk dengan menyekat hak ADN daripada pembangkang. Berjiwa besarlah demi kesejahteraan rakyat dan Negeri Pahang. Keadilan itu bukan dinilai berasaskan jalur politik pemerintah semata-mata. Wakil yang dipilih dalam sistem demokrasi adalah pilihan rakyat dan Kerajaan BN-PH perlu menghormati suara rakyat dan menghormati titah diraja ini.

Titah Baginda juga bertepatan dengan dengan Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ٩٠

“Sesungguhnya Allah menyuruh kalian berlaku adil, dan berbuat kebajikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kalian (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kalian mengambil peringatan dengan mematuhi-Nya.” (Surah al-Nahl: 90)

Akhir kata, Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang menjunjung titah ucapan Pemangku Raja Pahang dan mendoakan Tuanku sentiasa berada di bawah lembayung Rahmat Allah. Aamin.

“DAULAT TUANKU”

MOHD ZARIMI ABU ZIH AL-HAFIZ
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 9/5/2023

- Advertisement -