Sabak arang 100 tahun perlu perhatian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) meminta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) memberi perhatian terhadap sebuah sabak arang kayu yang berusia lebih 100 tahun.

Menurutnya, sabak di Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah, masih beroperasi sehingga hari ini, memproses arang kayu dari pokok bakau.

- Advertisement -

“Saya ingin bertanya adakah terdapat sebarang geran atau bantuan untuk industri arang kayu supaya dapat diuruskan dengan baik dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

“Begitu juga mengenai pengambilan pokok bakau kerana pokok ini tidak seperti pengambilan kayu balak. Pokok bakau semakin berusia semakin hilang harganya. Berbeza dengan pokok balak, lagi lama lagi tinggi nilainya,” katanya semasa perbahasan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa NRECC di Dewan Rakyat, hari ini.

Mas Ermieyati berkata, walaupun telah lama beroperasi, belum ada lagi kawasan paya bakau di situ yang menjadi `padang’ akibat pengambilan kayu bakau untuk sabak itu.

Selain itu, beliau ingin tahu proses kelulusan Jabatan Perhutanan berkaitan industri kayu bakau dan pengambilan kayu bakau ini. – HARAKAHDAILY 16/3/2023

- Advertisement -