CBF kutuk perusuh guna jersi pasukan bola sepak Brazil

Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) mengutuk tindakan perusuh dalam demonstrasi politik di Brasilia, Brazil, semalam (Gambar atas) menggunakan jersi pasukan bola sepak kebangsaan Brazil (Gambar bawah). (FOTO: AP/Eurosport)
- Advertisement -

BRASILIA: Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan jersi pasukan bola sepak kebangsaan Brazil yang digunakan oleh perusuh dalam demonstasi politik yang mengegarkan Brazil semalam.

- Advertisement -

CBF menerbitkan kenyataan dari laman web rasmi pada hari ini,  yang menekankan bahawa ia adalah entiti yang tidak berpihak terhadap mana-mana parti politik; dan  memilih demokratik; selain menggalakkan jersi berkenaan digunakan untuk rakyat Brazil bersatu hati.

“Pasukan kebangsaan dan jersinya adalah simbol kegembiraan rakyat Brazil dan tidak boleh digunakan dalam tindakan anti-demokrasi dan vandalisme,” tegas kenyataan itu lagi.

Tidak berpuas hati dengan kemenangan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dalam pilihan raya pada Okt lalu,  penyokong bekas Presiden, Jair Bolsonaro menyerbu bangunan utama kerajaan semalam dan menggesa tentera campur tangan terhadap pemimpin berhaluan kiri itu.

Semasa demonstrasi dan rusuhan yang menyebabkan 1,500 ditahan, kebanyakan perusuh berkenaan menyarung  jersi pasukan bola sepak kebangsaan Brazil dalam warna hijau dan kuning. – HARAKAHDAILY 10/1/2023

- Advertisement -