Majoriti rakyat menolak pembubaran segera Parlimen

- Advertisement -

TREND yang mula meningkat bermula 1 Oktober 2022 yang berkaitan dengan isu trending Parlimen bubar dapat di tunjukkan di dalam respond analitik kajian bubar Parlimen di rujukan dengan sebanyak 77,580 yang berkaitan trendini, dengan dapatan yang dapat mengumpulkan sebanyak 40,500 daripada Facebook dengan mencatatkan 52.21 peratus untuk isu ini berbanding 36.43 peratus iaitu 28,700 di Twitter, dan 5.1 peratus iaitu 3,960, di platform lainnya.

Dapatan daripada respond tersebut, isu ini banyak berlegar di media sosial yang membawa betapa takutnya rakyat Malaysia apabila isu pembubaran Parlimen menjadikan mainan, tanpa menghiraukan suasana ekonomi sekarang yang bertambah lagi suasana musim tengkujuh sehingga terdapat negeri-negeri yang banjir, malah nyawa rakyat dijadikan mainan.

Dapatan lain yang merujuk di info grafik dapat mengumpulkan sejumlah 7,000 sampel sehinggakan 81.5 peratus iaitu, 5,720 sampel yang cenderung menolak pembubaran Parlimen dan hanya 18.49 peratus iaitu 1,300 yang ingin bubar segera.

Penolakan pembubaran Parlimen yang memberi alasan musim tengkujuh dan membebankan jentera kerajaan yang memberi risiko mengorbankan nyawa rakyat tidak didengari oleh mereka malah perlunya ada statement dari mereka bagi meredakan suasana ini dari bermain-main di bibir rakyat.

Seterusnya dengan desakan Parlimen segera bubar sehingga mengaitkan isu kestabilan kerajaan serta kelayakan pelabur pada kerajaan yang tipis majoriti dan memberi alasan segerakan PRU sebelum musim tengkujuh melanda negara tidak dapat dijadikan alasan kerana Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia) telah memberi amaran berkaitan musim tengkujuh pada bulan Oktober ini dan terdapat juga negeri-negeri yang telah dilanda banjir.

Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang ingin di cadangkan iaitu perlukan penelitian yang lebih untuk mengkaji sentimen rakyat terhadap pembubaran Parlimen kerana keputusan PRU bukan hanya berkait dengan kerajaan, malah ia berkait dengan setiap rakyat Malaysia dan sehinggakan dapat mengaitkan dengan nyawa rakyat yang terlibat dengan banjir bagi memandang gangguan ekonomi mangsa tersebut. 

Seterusnya adalah perlunya memperbanyakkan naratif keselamatan awam dan kepentingan rakyat seperti isu banjir, pemulihan ekonomi dan tekanan oleh ahli politik berkepentingan peribadi. Naratif ini amat diperlukan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang berkait rapat dengan bagaimana pelan kerajaan bagi membendung masalah-masalah ekonomi, banjir dan sebagainya dari berlaku.

Terdapat cadangan naratif yang ingin dibawa, iaitu PRU tidak menjamin keyakinan pelabur, namun keselamatan rakyat hampir pasti tergugat jika PRU diadakan pada musim tengkujuh ini seperti yang berlaku di negara-negara luar malah perlunya kajian dan penerangan yang terperinci diberikan kepada rakyat bagi mengawal isu ini.

QGENANALYSTS – HARAKAHDAILY 7/10/2022

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid026ExYqoqi7xzMWz6Xp1fcLarvJrBXsaQZnUsJmLa9m5Gem17i7E7xieQY19okbaeml&id=2284919521796917 

Rujukan:

1. https://www.met.gov.my/ 
2. https://www.utusan.com.my/nasional/2021/01/banjir-6-negeri-5278-keluarga-terjejas/ 
3. Sumber kajian dari Analitika Ilmuwan (ai)
4. Mainstream eNEWS

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -