
PAS Kelantan turut mendukung hasrat PAS Pusat bagi memastikan penyatuan ummah diberi keutamaan dengan tumpuan kepada agenda satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Usaha itu penting bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) yang pernah menguasai Putrajaya selepas PRU-14 tidak bangkit semula, namun dengan syarat kesatuan orang Melayu atau Islam serta rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Malah rakyat merasaikan sendiri gundah gelana sepanjang 22 bulan PH mentadbir negara sebelum ini sehingga muncul pihak yang berani mencabar agama Islam dan mempersendakan orang Melayu dan Raja-raja.
Oleh itu semua pihak perlu mengenepikan agenda peribadi bagi memastikan ‘Islam Menyatukan Ummah’ benar-benar menjadi kenyataan pada PRU-15 untuk melahirkan acuan baharu politik Malaysia berteras ‘Adil Untuk Semua, Satu Keluarga Malaysia dan Islam Memimpin’.
DATO’ PANGLIMA PERANG
DATO’ MOHD NASSURUDDIN HAJI DAUD
Ketua Penerangaan PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 22/8/2022




















