Masjid Besar Hagia Sophia adakan solat tarawih pertama selepas 88 tahun

- Advertisement -

ISTANBUL: Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul akan mengadakan solat tarawih pertamanya dalam tempoh 88 tahun sempena Ramadan yang akan disambut umat Islam menjelang 3 April ini.

Beberapa aktiviti yang lain sempena Ramadan kali ini juga akan diadakan di masjid itu, yang  sebelum ini telah diubah suai menjadi muzium pada  tahun 1934, sebelum ia kembali statusnya sebagai masjid pada 2020 apabila ia dibuka untuk mengerjakan ibadah pada 24 Julai tahun itu.

- Advertisement -

Sebagai sebahagian daripada sekatan Covid-19 di Turki, masjid itu tidak dapat digunakan sejak wabak itu bermula kira-kira dua tahun lalu susulan risiko jangkitan.

Namun, apabila  kebanyakan penduduk telah divaksinasi dan jumlah kes baharu serta kematian berkurangan serta kes pulih pula meningkat pada setiap hari menyebabkan pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid pada Ramadan kali ini.

Merujuk kepada fakta sejarah, Hagia Sophia dibina pada tahun 532 Sebelum Masihi (SM), sebelum dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul.

Ia dijadikan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Namun selama hampir 500 tahun,  dari 1453 hingga 1934, ia berfungsi sebagai masjid.

Hagia Sophia yang telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada 1985  ini merupakan antara destinasi pelancongan utama Turki dan dibuka kepada pelawat domestik dan asing.​​​​​​​ – Agensi Anadolu (AA)

- Advertisement -