Rusia berjaya uji peluru berpandu balistik antara benua

Rusia mengumumkan kejayaannya melakukan ujian berpandu balistik antara benua (ICBM) pada 12 April 2024. (FOTO: MNA)
- Advertisement -

MOSCOW: Rusia telah melakukan ujian pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) dengan jayanya di kompleks pelancaran roket Kapustin Yar di wilayah selatan Astrakhan.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam kenyataan pada Jumaat berkata, negara itu berjaya menjalankan ujian pelancaran ICBM) sebagai sebahagian daripada rancangan negara itu untuk mengembangkan dan membangunkan senjata peluru berpandu strategiknya.

- Advertisement -

“Pada 12 April 2024, kejayaan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua bagi kompleks peluru berpandu berasaskan darat mudah alih telah dijalankan dari tapak Interspesifik Pusat Negara Ke-4 Kapustin Yar di wilayah Astrakhan oleh kru tempur Pasukan Peluru Berpandu Strategik,” ujar kenyataan, lapor Al Mayadeen.

Tambah kenyataan itu, pelancaran ujian ICBM berkenaan telah mencapai tugasan yang ‘sepenuhnya’ tanpa menyebut secara spesifik, nama ICBM berkenaan.

“Kebolehpercayaan tinggi peluru berpandu Rusia untuk memastikan keselamatan strategik terhadap negara ini,” kata kenyataan itu. – Agensi-HARAKAHDAILY 13/4/2024

- Advertisement -