Padi: Dari sawah ke sajian

- Advertisement -

ARWAH bonda pernah pesan supaya licinkan nasi di pinggan, jangan tersisa walaupun sebutir nasi. Membazir itu kawan syaitan!

- Advertisement -

Memang penat orang zaman dulu membanting tulang menanam padi. Bermula dari menabur benih, menanam semaian hinggalah jadi nasi terhidang dalam pinggan. Setiapnya banyak tenaga dan masa dihabiskan.

Entahlah anak-anak zaman sekarang menghargainya atau tidak kesukaran datuk nenek kita dahulu bersawah padi untuk menafkahkan kehidupan keluarga.

Tengah hari tadi lalu di jelapang padi Kelantan, Padang Tunjung (foto atas) yang dahulunya sayup mata memandang dengan tanaman padi. Sekarang pembangunan sudah hampir mendominasi kawasan makanan ruji itu.

Sambil melihat ke jendela kereta, kami berteka-teki kepada anak-anak supaya menyebut beberapa bentuk nama padi hingga ke beras. Anak zaman sekarang sudah tak kenal istilah-istilah dalam kepadian tersebut. Antara yang tak dapat difahami oleh mereka secara tepatnya adalah:

Padi bernas: Ini adalah padi yang telah matang dan siap dimesin. Padi bernas memiliki isi yang tulen dan merupakan hasil utama dari padi.

Padi hampa: Padi hampa adalah biji padi yang tidak berisi. Ini bisa terjadi kerana berbagai alasan, seperti keadaan cuaca yang tidak mendukung selama masa pertumbuhan. Padi negara kita agak terkebelakang dari sudut teknologi penanaman sehinggakan padi hampa lebih berbanding padi luar.

Emping: Emping adalah padi yang telah dikeringkan dan siap untuk diproses lebih lanjut. Proses pengeringan ini penting untuk mengurangi kadar air dalam padi, sehingga memudahkan proses penggilingan.

Antah: Antah adalah padi yang telah melewati proses penggilingan pertama. Pada tahap ini, kulit luar padi telah dihilangkan, namun masih terdapat beberapa lapisan yang menutupi inti beras atau kulitnya tidak lekang langsung. Zaman kita kecil dulu, bonda akan paksa kita asingkan antah ini. Di sinilah kita belajar, kegunaan antah adalah untuk cabut uban ayahanda yang makin melebat. Anak-anak sudah tak kenal antah!

Melukut: Melukut adalah tahap akhir dalam pemprosesan padi. Pada tahap ini, semua lapisan luar telah dihilangkan dan yang tersisa hanyalah butiran beras putih yang siap untuk dimasak. Ianya ibarat beras hancur yang tak sempurna sebiji beras. Anak-anak sudah pun tak kenal. Yang mereka tahu pepatah ‘melukut di tepi gantang’.

6. Beras: Hasil akhir padi sebelum dimasak menjadi nasi. – HARAKAHDAILY 13/4/2024

Penulis ialah Pakar Perubatan Keluarga Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

- Advertisement -