Keluarga Nadir Al-Nuri pulang dari Gaza

Nadir di samping tiga orang anaknya menyambut Aidilfitri kal ini di Malaysia. (FOTO: Facebook@Nadir Al-Nuri)
- Advertisement -

SHAH ALAM: Selepas kira-kira enam bulan perang Hamas-Israel di Semanjung Gaza, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman akhirnya berjaya membawa pulang ahli keluarganya yang berada di Khan Younis, di Semenanjung gaza  ke Malaysia.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, alhamdulillah. Selepas usaha panjang, akhirnya kami disatukan. Perbincangan beberapa bulan. Pendapat ramainya ulama. Usaha begitu banyak pihak. Danb paling penting doa kalian semua,” katanya dalam hantaran Facebook pada Jumaat.

Difahamkan juga, berikutan anak bongsu beliau sebelum ini mengalami komplikasi pernafasan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital di tengah malam di bawah bedilan roket dan meriam.

Beliau menyatakan,“Banyak yang perlu diceritakan, hero yang mesti didendangkan tetapi buat masa ini biarlah semua beraya, sehingga esok lusa.”

“Selepas itu, kami akan ceritakan bagaimana ia bermula, siapa di sebalik tirai misi ‘gila’.”

Tambahnya, setakat ini, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua atas hadiah paling istimewa di hari raya pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.

“Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, semua. Dan dari sedalam hari kami, terima kasih,” katanya.  – HARAKAHDAILY 13/4/2024

- Advertisement -