Guna kuasa pengguna boikot produk syarikat sokong Israel

- Advertisement -

KEKEJAMAN tentera zionis Israel terhadap rakyat Palestin telah membangkitkan kemarahan dan kritikan daripada umat Islam di seluruh dunia.

- Advertisement -

Isu ini bukan sahaja menjadi perhatian dalam kalangan umat Islam tetapi juga mendapat kepedulian daripada masyarakat antarabangsa.

Palestin menjadi isu sensitif dan penting dalam politik dan diplomasi global, dan terus menjadi sumber konflik dan pergolakan di rantau tersebut.

Menyekat kezaliman yang tiada henti, bermula serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza, rakyat Malaysia selain menderma kepada rakyat Palestin mereka turut memboikot syarikat yang menyokong atau menyumbang kepada negara haram itu.

Tindakan berani itu turut diambil oleh Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd yang rela melepaskan sebanyak lapan angka nilai pembuangan barangan boikot yang berjenama di kedainya.

Menurut Pengarah Urusan Sabasun HYPErRUNCIT Sdn Bhd, Che Salmi Che Ibrahim, sejarah pemboikotan oleh Sabasun terhadap produk-produk yang berkaitan dengan Israel telah bermula sejak 2002.

“Kita sebagai rakyat Malaysia yang masih merdeka dan mempunyai kuasa yang ada pada tangan kita, kita boleh bertindak lebih sejajar dengan kemampuan yang ada pada kita iaitu dengan menggunakan kuasa kepenggunaan dengan memboikot produk-produk yang berkait dengan Israel untuk memberi tekanan ekonomi kepada rejim Zionis Israel,” katanya.

Beliau berkata, cara pemboikotan itu juga pernah dilakukan oleh masyarakat dunia semasa kaum kulit putih menakluki atau menjajah Afrika Selatan dengan mengamalkan dasar apartheid pada tahun 60-an dan 70-an.

“Hasil daripada kesedaran masyarakat dunia untuk membantu membebaskan Afrika Selatan daripada kekejaman dasar apartheid, maka masyarakat dunia telah membuat aktiviti boikot terhadap rejim kulit putih di Afrika Selatan sehingga memberi tekanan ekonomi kepada mereka dan akhirnya Afrika Selatan dapat dibebaskan,” jelasnya.

Menurut beliau, langkah yang diambil pihaknya untuk memboikot barang yang menyokong tindakan Israel dibuat secara berperingkat kerana penggunaan barangan kebanyakan sudah sebati dengan rakyat negara ini.

“Kita umat Islam telah menjadi masyarakat pengguna terlalu lama tetapi kita tidak banyak mengeluarkan produk-produk sendiri sehingga kita sudah hampir seratus tahun bergantung harap kepada produk-produk yang berkait dengan Israel ini.

“Jadi disebabkan kebergantungan masyarakat kita kepada produk-produk ini, maka kita mengambil langkah memboikot produk ini secara berperingkat iaitu bermula dengan produk-produk yang tidak membawa manfaat kesihatan kepada kita semua iaitu Coca-Cola, minuman Pepsi, coklat getah, Wringleys dan sebagainya.

“Kita memulakan pemboikotan kita daripada sudut itu dulu, kemudian dengan sokongan, dukungan dan kefahaman pelanggan Sabasun khususnya dan rakyat Terengganu Malaysia amnya, kita mendapat semangat dan kekuatan untuk terus memboikot syarikat-syarikat yang berkaitan zionis dan produk mereka secara berterusan iaitu selepas produk atau syarikat Coca-Cola, Pepsi dan keluarga yang seangkatan dengan mereka contohnnya di bawah Coca-Cola fanta merupakan keluarga minuman Coca-Cola dan di bawah pepsi miranda merupakan keluarganya.

“Alhamdulillah setelah mendapat sokongan yang padu daripada para pelanggan semua kita dapat kekuatan untuk terus memboikot produk-produk lain yang didapati berkait dengan zionis Israel,” ujarnya.

Menurut beliau, antara produk yang berjaya diboikot sebelum ini bermula daripada 2002 dan seterusnya ialah produk P&G yang mana produk itu melibatkan jenama pampers, syampu head & shoulders dan produk Johnson & Johnson seperti produk bedak, losyen dan sebagainya.

“Produk Johnson & Johnson ini telah digunakan turun temurun semenjak hampir 100 tahun dahulu daripada zaman tok nenek kita lagi, jadi tanggungan psikologi penggunaan terhadap masyarakat Malaysia amatlah besar kesannya sebab kita hanya mengenal brand yang telah ditawarkan kepada kita melalui syarikat yang menyokong zionis Israel tanpa kita mengetahui sebenarnya produk-produk ini menyumbang kepada pengukuhan ekonomi mereka.

“Alhamdulillah dengan kefahaman para pelanggan semua kita telah berjaya boikot produk Johnson & Johnson ini pada peringkat awal sebahagian daripada produk dan kemudian dalam beberapa tahun kemudian kita berjaya boikot kesemua sekali produk yang bersangkutan Johnson & Johnson ini.

“Itu terus memberi kita kekuatan untuk terus memboikot lagi produk-produk yang syarikat yang berkaitan dengan zionis seperti mondelez yang membawa jenama produk seperti cadbury, biskut jacobs dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, dengan kefahaman pelanggan Sabasun yang berterusan juga pihaknya dapat meneruskan lagi program boikot seratus peratus barang berkenaan hingga ke hari ini.

“Bermula pada 1 Mac baru-baru ini kita telah berjaya memboikot hampir 100 peratus produk yang ada kaitan dengan zionis Israel termasuklah produk Nestle iaitu merangkumi Milo, Nescafe, Maggi yang mana kesan psikologi penggunaan yang ditanggung oleh masyarakat Malaysia terlalu lama kerana produk ini telah terlalu lama wujud di Malaysia hampir 100 tahun.

“Kami telah pun menulis surat kepada Nestle semenjak 2004 semenjak 20 tahun lagi untuk menyatakan concern kita over this isu dan pada waktu itu Nestle hanya memiliki 51 peratus share di dalam syarikat makanan Israel ni.

“Apabila kita menulis surat pada 2004, 2006, 2009 dan seterusnya untuk meminta Nestle supaya divest ataupun mengeluarkan investment dia daripada Israel ini dengan alasan bahawa Israel ini adalah negara yang tidak pernah menghormati sebarang undang-undang dan Israel merupakan negara yang sentiasa melakukan jenayah, peperangan terhadap umat Palestin,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/4/2024

- Advertisement -