Wan Saiful hantar surat tuntutan kepada BERNAMA

Wan Saiful Wan Jan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Wan Saiful Wan Jan Hari ini telah mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) berhubung satu laporan yang tajuknya didakwa sebagai telah membawa persepsi negatif terhadap dirinya.

- Advertisement -

“Saya dimaklumkan bahawa terdapat satu laporan BERNAMA yang tajuknya membawa persepsi negatif kepada diri saya.

“Laporan ini telah dipetik secara meluas oleh media-media lain,” katanya dalam satu kenyataan, pada hari ini.

Wan Saiful berkata, sebagai agensi berita rasmi, BERNAMA perlu lebih bertanggungjawab agar tidak berubah menjadi agensi propaganda.

“Hari ini (28 Mac), saya telah mengarahkan peguam saya menghantar surat tuntutan kepada BERNAMA,” katanya.

Dalam surat tuntutan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasuk Gelugor itu telah mengemukakan bahawa artikel yang ditampilkan oleh BERNAMA pada 26 Mac 2024, jam 5.45 petang berjudul, Syarikat Dibantu Wan Saiful Peroleh Penarafan Empat Bintang, Mahkamah Diberitahu sebagai mengandungi kenyataan palsu, mengelirukan dan fitnah. – HARAKAHDAILY 28/3/2024

- Advertisement -